Posts

Sedania Tawar Penyelesaian Bank Digital, Produk Patuh Syariah

Image
    Sumber Foto : Focus Malaysia PENDIGITALAN | Bagi mempercepatkan penggunaan perbankan digital, Sedania Innovator Bhd (Sedania) menawarkan penyelesaian sepenuh kepada penerima lesen perbankan digital Malaysia. Ia bakal dilaksanakan menerusi anak syarikat teknologi kewangan (fintech), Sedania As Salam Capital Sdn Bhd (SASC) dan rakan usaha sama teknologi. Dalam kenyataan media pada 12 Mei 2022/Khamis Ketua Pegawai Eksekutif SASC berkata antara syarikat terpilih di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 ialah konsortium membabitkan AEON Credit Service (M) Bhd, yang pada masa ini menggunakan Penyelesaian Dagangan Tawarruq Bersepadu SASC untuk Institusi Kewangan Islam. Khairul Nisa Ismail berkata satu lagi pelanggan Sedania adalah sebahagian daripada konsortium yang turut meraih satu daripada tiga lesen konvensional di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. "Menerusi usaha sama dengan SASC, pelanggan ini menawarkan produk pembiayaan patuh Syariah kepada pengguna platformnya. Ka